Ikhlas ker aku…
Orang kata apa-apa yang kita buat, biarla dengan hati yang ikhlas…sebab kalau kita ikhlas, kita akan rasa senang hati..aku pun rasa macam tu..
Dulu, aku pikir aku dengan rela hati ikut hubby aku pindah ke sini sebab nak sama-sama dengan dia selepas setahun kami duduk berjauhan selepas diijabkabulkan..tambah-tambah caca da ada sebagai penyeri hidup kami..tapi, bila aku da kesini, susahnya aku nak terima keadaan yang sebenar..tp bukan itu yang jadi persoalan..di sebabkan satu insiden yang diluar jangkaan aku..bukan disebabkan aku, atau hubby aku..hubby aku sayangkan aku sepenuh hati dia..xpernah pun dia tinggi suara dengan aku selama ni..cuma aku jer kadang2 mengada wat perangai..hehehe..aku ni cepat temper, kdg2 lambat nak cool down..klu aku senyap tu mmg ada la yang aku pikir dalam kepala otak aku..
Ntah kenapa 2 3 menjak ni aku selalu terpikir2 tentang satu hal ni..mmmm..memang aku rasa betul-betul terbeban bila pikir..bila hubby tanya, aku kata ok jer…tp dalam hati entah la…aku terasa macam berat betul untuk aku luahkan…sebab aku rasa klu discuss ng hubby, mungkin maksud sebenar yang aku nak sampaikan pada dia xtercapai..selalu sgt mcm tu..aku xsalahkan dia..lelaki kan..susah nak paham perempuan..
aku lak jenis klu nak ckp, tp agak2 mcm penerimaan dia lain, da malas nak cakap..diam lagi baik..tp hubby aku xsuka mcm tu..dia suh perabihkan..aku ni yang keras kepala…wali selalu kutuk aku macam tu..selalu panggil aku kepala batu..mmm..btul ker aku ni kepala batu…???
aku cuba ikhlaskan hati aku, mengharapkan setiap yang aku lakukan tu dengan setulus hati..tapi sebenarnya kdg2 aku tak suka dengan apa yang aku buat..walaupun kadang2 itu bukan suatu perbuatan..ada ker keikhlasan kalau macam tu….