Road Tour Experience…
Da dekat dua minggu aku balik ke sini..xde apa yang mampu buat melonjakkan aku kat sini selain memikirkan hubby aku yang tersayang..da hampir sebulan aku tinggalkan dia, tinggalkan sekejap rutin aku sebagai surirumah kat sini..aku x jemu jalankan kewajipan aku sebagai seorang isteri dan jugak seorang ibu, Cuma, aku jugak perlukan cabaran untuk diri aku sesekali..aku belum pun 30, tulang kederat aku masih kuat dan jugak kepala otak aku masih lagi boleh memerah untuk sesuatu keje ataupun cabaran untuk aku selesaikan..aku masih mampu untuk mengejar cita-cita aku, Cuma dalam masa yang sama aku kna pandai mengatur susunan hidup aku yang da punya suam i dan jugak anak yang makin keletah sorang ni..Tambah lagi??oops..nanti dulu..bagi aku curahkan perhatian dan sepenuh kasih sayang pada yang sorang ni dulu..
Pasal keje ng kak ana, pergh…adventure giler…aku driving dari sabak bernam terus ke Kota Bharu..tak tukar driver pun..bagai nak patah tulang pinggang aku rasa..tp, aku enjoy my journey and driving..tak sangka iswara merah kesayangan aku tu dapat jugak aku bawak untuk long journey..dari KB aku gerak ke penang lalu Gerik, jalan yang BAPAK PUNYER CILANG CILOK..ala, time curam, curam giler, time naik bukit, mak ai…tegak jer..da setel kat penang, p Ipoh lak…sampai JB aku driving wat road tour tu..pada aku, aku rasa puas, PUAS sbb aku dapat driving keta aku sendiri untuk perjalanan jauh mcm tu..walaupun aku Cuma setakat mampu pakai iswara, aku tetap puas..
Sepanjang aku wat keje, mak la yang jadi peneman aku di samping si kecik comel ni..time aku driving, dia main2 kat mak..Cuma time angin dia, tepaksa la kdg2 aku driving dengan dia dok kat peha..nasib dia x byk gerak..ank aku mcm phm jer aku bkeja..ms tgh keje kat dewan, aku tinggalkan dia ng mak kat bilik hotel..kdg2 aku curik2 ms ke bilik time x bz nyusukan dia..tp xla curi tulang..dlm kul 12 mcm tu..
Byk tul kenangan ms wat keje ni..yang pasti, ms kt kg, dapat gak ank aku jd penghibur mak ng abah..seronok gak org tua tu ada sasha y mcm2 kerenah…kadang2 mak yang melayan dia lebih dr aku..kdg2 pagi bw mak abah ng sasha p breakfast kat sg besar..pastu p pasar bli ikan..aku tau aku bukan la anak yang baik sangat ng orang tua, tp itulah sikit sebanyak yang mampu aku buat untuk mak ng abah..dulu kami susah..dan aku xnak mak ng abah rasa susah macam dulu lagi..
Mungkin aku belum punya peluang untuk memberi kesenangan pada dorang, tapi sekurang2nya aku harap aku dapat jadi anak yang selalu menyenangkan hati orang tua..walau pun tak banyak, tapi itu lebih baik daripada takde langsung kan…